by Ridzuan Saidin on 14/10/2013
Untung 20% setahun dari pelaburan
dah sangat teruja. Tapi untung 200% setahun bagi orang berniaga adalah
terlalu biasa…
|
Salam.
Encik, saya baru
terbaca entry encik dan mmg saya sangat berminat nak buat simpanan dalam bentuk
emas. Masalahnya saya takde simpanan sbb duit saya kadang-kadang buat backup
utk suami, heheh. Suami suggest saya buat ASB tapi saya tak yakin dengan ASB
sbb apa yang saya baca dari zaharuddin.net, dia tak menggalakkan ASB.
Jadi, saya ada seribu,
nak buat pelaburan emas, dan encik menjadi ejen, boleh kiranya membantu saya
membuat pelaburan untuk bagi advice dan guidance. Saya baru nak start saving.
Saya ada hutang PTPTN dan memang saya aim nak habiskan PTPN saya. Saya bayar
bulan-bulan RM200. Hutang-hutang lain tiada.
Saya pun baru ambik
takaful medical card, PRU BSN. Mohon bagi nasihat untuk saya buat simpanan emas
sebagai saving.
Terima kasih encik.
-Puan A-
012-614 xxxx
(bukan nama sebenar)
JAWAPAN SAYA:
Alhamdulillah.. bagus tu Pn. A nak mulakan simpanan. Menyimpan,
adalah TABIAT orang kaya-kaya di dunia. Tak kisah berapa pun amaunnya, tapi
yang penting kena jadikan ia sebagai tabiat (habit).
Waktu tahun 2007 dulu, saya cuma menyimpan RM20 jer sebulan.
Saya buat potongan gaji masuk ke akaun Tabung Haji. Tapi hari ni,
alhamdulillah… simpanan kami sekeluarga dah berlipat kali ganda.
Sebelum saya bagi saranan, saya mohon maaf sebab saya bukanlah
orang yang layak untuk bagi nasihat kewangan. Saya cuma seorang sahabat yang
inginkan kebaikan pada sahabat yang lain. Apa sahaja saranan saya, ia mungkin
tak tepat, tapi itulah yang saya rasa yang terbaik untuk saya dan
sahabat-sahabat.
Emas Pelaburan Jangka Panjang
§ PERTAMA. Emas adalah
simpanan JANGKA PANJANG. Paling minimum ialah setahun. Kalau nak beli emas,
kena guna duit yang agak-gak tak pakai dalam masa setahun, ataupun 2, 3 tahun
akan datang.
Harga Emas Ada Turun Naik
§ KEDUA. Harga emas ada
turun naiknya. Tapi kalau ikut track record, ianya sentiasa menaik dalam jangka
panjang. Dari sudut sunnatullah, tak ada benda yang sentiasa naik dan tak
jatuh-jatuh. Suatu masa nanti saya fikir harga emas akan jatuh juga seperti
tahun 1980an. Walaupun begitu, emas adalah simpanan paling selamat sebab emas
sentiasa berharga sepanjang zaman. Kalau ianya jatuh, bukan macam jatuhnya
harga saham yang boleh hilang terus nilainya. Emas sepatutnya boleh dijadikan
SEBAHAGIAN dari pelaburan, bukan 100% simpanan digunakan untuk membeli emas.
Adakan Dana Kecemasan Dulu
§ KETIGA. Sebelum beli
emas, ada baiknya puan adakan dana lain juga untuk waktu-waktu kecemasan. Untuk
Dana kecemasan, saya simpan di Tabung Haji.
Beli Emas Dengan Modal RM1,000
§ KEEMPAT. Untuk modal
RM1,000, puan boleh beli 1 dinar emas (2013 bajet harga sekitar RM700) dan
selebihnya boleh beli Dirham (logam perak). Untuk makluman Pn. A, harga logam
perak jauh lebih murah, tetapi kenaikannya jauh lebih cepat dari emas. Dalam masa setahun
yang lepas, harga logam perak naik melebihi 100% setahun! Dan orang Cina lebih
suka beli perak berbanding emas. Cuma kekurangan perak ialah, tak boleh
dipajak. Kecairannya kurang sikit dari emas.
Wang Dinar , Gold Bar & Barang Perhiasan
§ KELIMA. Pada saya,
Dinar emas yang paling baik untuk Pn. A beli ialah Dinar Public Gold, ataupun
Dinar Kelantan. Dua jenis dinar emas ini mempunyai permintaan paling tinggi di
Malaysia. Pendek kata, kalau puan nak jual nanti, tak perlu risau pasal
pembelinya. Mesti akan ada orang nak beli. insyaAllah. Tapi bagi saya, saya
lebih selesa membeli sebentuk cincin setiap bulan (pastikan 916/999). Emas
bentuk perhiasan ini lebih mudah dicairkan atau di ar rahnukan sekiranya kita
perlukan wang segera di mana sahaja institusi yang menawarkan perkhidmatan
Ar-Rahnu. Manakala public gold dan dinar Kelantan pula hanya diterima oleh sebahagian
Ar Rahnu sahaja..
Pelaburan Untung 20%, Perniagaan Untung 200%!
§ KEENAM. Yang terakhir,
tentang pelaburan sebagai instrument buat duit. Pada saya, pelaburan bukanlah
jalan terbaik untuk buat duit bagi orang kebanyakkan. Pelaburan adalah tempat
orang kaya-kaya buat duit.
§ Untuk buat duit lebih
banyak, saya cadangkan puan dan suami libatkan diri dengan perniagaan. Kalau
pelaburan orang boleh dapat sekitar 20% setahun, tapi keuntungan melalui
perniagaan, pulangan 200% setahun adalah terlalu biasa. Sebab tu Nabi pesan,
9/10 rezeki datang dari perniagaan. Emas bagi kebanyakkan orang adalah
simpanan, tapi bagi kami suami isteri, ia adalah PELABURAN + PERNIAGAAN. Dan
emas adalah salah satu daripada beberapa perniagaan kami.
Saya cadangkan libatkan diri dengan bisnes tu sebab saya
‘kesian’ tengok orang MENUNGGU kenaikan harga emas yang tak lah berapa banyak
bagi orang berniaga. Dengan modal yang sama, Puan dan Suami boleh dapatkan
lebih dari 20% setahun. Syaratnya, puan dan suami perlu belajar berniaga dari orang
yang tahu berniaga. Bukan melibatkan diri dalam mana-mana skim.
Kalau Puan A berminat nak dapatkan emas dan perak, bagi tahu
saya. Saya akan bantu apa termampu, insyaAllah.
Mudah-mudahan pandangan saya sedikit membantu Pn. A, insyaAllah,
Wallahu a’lam.
Hubungi saya Ustaz Mohd Ridzuan Bin Saidin
Whatsapp / viber / sms : 0122686864
fb : Ridzuan Saidin
* penerangan ini sebahagian pendapat yg saya copy dari pakar emas..Encik Zul....
No comments:
Post a Comment