Menjual dan Membeli Emas (Barang Kemas) 999 (24k), 916(22k)dengan harga termurah dipasaran. Turut membekalkan informasi berkaitan emas dari masa ke semasa, InsyaAllah.
HUBUNGI | AGAMA | GAMAT ONLINE | LANGKAWI TOUR| IKLAN1-KOSONG | IKLAN2-KOSONG |

Wednesday, October 9, 2013

Bila Masa Terbaik Membeli Emas??

by MOHD ridzuan bin saidin on OKTOBER 10, 2013

Masa emas 20 gram harga RM3,000 (sekitar mei 2013) takut nak beli, tapi bila harga dah melepasi RM3,400, baru kelam kabut nak beli. Itulah yang saya perhati kebanyakkan sikap yang orang kita terutamanya yang baru ada asas tentang pendedahan emas dan baru nak berjinak-jinak dengan emas. Nak tengok bukti harga emas naik dulu, baru nak beli malah ada yang sengaja nak tunggu harga emas jatuh la baru nak beli…Aduhai…berbuih mulut dah pesan, kalau nak main emas, beli ajer bila ada duit…. Padahal, gold historical price kita boleh cek bila-bila masa di www.kitco.com.(Ni harga emas mentah dunia) kalau tak salah. Bahkan sejarah harga emas sejak 30 tahun lepas pun boleh tengok. Itulah dia buktinya.

Dan ramai juga bila saya cerita pasal emas, mereka ingat saya nak berniaga, nak ambik untung atas kawan semata-mata. Padahal, itu semua untuk kebaikan dia. Tak nak beli dengan saya pun tak apa, beli lah dengan dealer lain. Tapi ambik la masa sikit untuk fahami pentingnya simpan emas. Kalau tak penting, Kerajaan Kelantan tak akan keluarkan dinar emas pertama di Malaysia walaupun dapat banyak tentangan daripada kerajaan BN sejak tahun 2006 lagi. (maaf bukan nak promote kerajaan bawah Pas Or Pembangkang) ini pendedahan ilmiah..Tun M dulu pun pernah borong emas kalau tak silap saya untuk stabilkan ekonomi suatu masa dulu…

Akibat Tunggu Harga Paling Rendah
Keduanya, yang paling ramai ialah yang nak tunggu harga emas jatuh baru nak beli! Ramai yang pesan pada saya “Nanti harga emas turun bagi tahu yer..”. Tapi bila harga emas turun, ramai yang tak nak beli emas sebab takut turun lagi. Akhir sekali, masa emas sedang mendaki macam tu dalam jan 2013 (contoh harga pasaran barang kemas Jan 2013, harga emas melebihi 170/g (agak tinggi kenaikannya berbanding selepas penurunan sekitar mei 2013 hingga 120/g), baru ramai kelam-kabut nak beli emas, sebab takut emas naik lagi, tapi andai ditanya berapa orang yang beli emas semasa emas murah/turun hari tu?? Semua tunduk membisu..beli pun idak juga….sekarang pada hari ni 10 Oktober 2013 harga emas dalam keadaan tak menentu dan agak murah dalam lingkungan rm140 lebih per gram dan harga kilang pada hari ni sekitar RM133-rm135 sahaja. tapi tu pun masih ramai tak beli. yang banyaknya alasan....xmau beli sudah.. :)
Saya pu masih baru dalam sebulan dua jadi dealer emas ni, siang malam study bab ilmu emas ni, kalau lah ilmu ini saya dapat 5tahun sebelum ini, mungkin hari ini dah jutawan…tp xpa..ada hikmahnya…

kalau orang tanya saya bila masa terbaik beli emas? Jawab saya, bila ada duit yang tak pakai dalam masa setahun. Daripada duit tu terbiar dimakan inflasi 10% setahun, lebih baik simpan emas yang purata kenaikannya 20% setahun.
Jangan tunggu harga paling rendah sebab technical analyst paling pakar pun tak dapat buat ramalan tepat turun naiknya harga emas. Guru saya pernah ada pengalaman dah. Ceritanya : “Masa harga emas turun pada Januari 2011 (Hari Raya Cina), saya jual semua emas saya sebab menurut pakar analisis harga emas, emas akan turun banyak lagi. Masa tu, harga gold bar 20g RM2,980. So, saya jual kesemuanya sekitar RM2,980 – RM3,000. Habis…
Faktor ‘Fundamental’ Tak Siapa Boleh Jangka
Lepas raya Cina, berlaku pergolakan di Mesir dan Timur Tengah! Harga emas tak jadi turun. Ia terus, naik, naik, dan naik! Saya pun panik, dan dapat beli balik pada harga RM3,100. Saya rugi 4% (RM800 kesemuanya)! Saya terkena. Kononnya nak manipulate naik turun harga emas, tapi rugi… Nasib baik saya adalah dealer emas, kerugian tu dapat cover balik dengan komisyen jualan emas.
Satu pelajaran yang saya dapat. Jangan bermain dengan turun naik harga emas sebabnya analisis teknikal akan tersasar bila berlaku fundamental factor yang luar jangka seperti pergolakan Mesir dan timur tengah (Februari 2011), bencana alam seperti tsunami dan letupan stesen janakuasa nuklear di Fukushima (Jepun, Mac 2011) dsb. Bila semua tu berlaku, orang akan selamatkan kekayaan mereka dengan membeli emas dan harga emas akan melambung. Saya cuma perlu yakin, harga emas akan naik dalam jangka panjang. Paling kurang pun, 10 tahun lagi. Ini berdasarkan sejarah harga emas 1960 – 1980.
Dan faktor yang sangat pasti, matawang USD semakin lemah disebabkan krisis hutang Amerika Syarikat dan Negara Eropah. Bila negara-negara tu ‘bangkrap’, orang tak nak pakai dah duit kertas USD! Orang akan selamatkan kekayaan mereka kepada duit yang paling stabil dalam sejarah manusia iaitu emas!

Menurut pakar, mawatang US Dollar pasti runtuh. Cuma masa sahaja yang menentukannya.

Masa Terbaik Membeli Emas
So, lepas setahun perhati naik jatuh harga emas, saya tak berani buat andaian bila harga naik, bila harga turun. Nasihat saya, kalau ada duit yang tak pakai dalam masa setahun, belilah emas. Daripada simpan duit, lebih baik simpan emas. Jadikan emas sebagai sandaran kepada duit sebagaimana yang dibuat oleh negara-negara di dunia sebelum tahun 1971 dulu. Setiap duit kertas yang nak dicetak, mereka akan sandarkan kepada emas.
Wallahu a’lam.

MOHD RIDZUAN BIN SAIDIN
PM/VIVER/WHATSAPP/SMS SAYA:
0122686864.


No comments:

Post a Comment

 
Wordpress by : Wans Golds Traders