Menjual dan Membeli Emas (Barang Kemas) 999 (24k), 916(22k)dengan harga termurah dipasaran. Turut membekalkan informasi berkaitan emas dari masa ke semasa, InsyaAllah.
HUBUNGI | GAMAT ONLINE | TOUCH ONE | AGAMA | RENT |

Saturday, March 1, 2014

Tips Penting Pajak Barang di Ar-Rahnu

9 Tips Asas Penting Pajak Emas di Ar-Rahnu


Sebelum pajak emas, anda perlu tahu duit pajak ialah PINJAMAN yang perlu dibayar balik. Kalau harga emas naik, anda boleh buat overlaps. Dan overlaps adalah pertambahan hutang, bukan “passive income” sebagaimana salah faham oleh sesetengah orang.Namun jika anda mampu mencapai tahap Manupulator Emas, mgkin anda mampu berterusan pajak dan jadikan side income dengan cara pajakan berkala. Namun akhir sekali emas dalam Ar-Rahnu akan dapat modal dan untung selagi anda pajak sampai lebam walaupun emas tersebut masih kekal didalam...sebelum dilelong sebab dah main overlaps sampai lebam, anda boleh lelong sendiri barang tersebut melalui kaedah jual surat pajak atau jualan rege tak masuk akal yang tetap akan buatkan anda untung... Bab ni nanti senang2 saya karang dan cerita yer..

 Sebelum memajak emas, ini 9 tips penting yang anda perlu tahu:
Pertama – Pilih ‘Timing’ Paling Sesuai
Secara umumnya, masa paling sesuai untuk pajak emas ialah bila (1) harga emas jatuh mendadak (mungkin melebihi 8% – 10%) untuk dapatkan modal beli lagi emas pada harga rendah, atau (2) nak guna duit untuk rolling bisnes yang menguntungkan. Kalau sebab lain, saya tak syorkan melainkan anda dah kenalpasti sumber ‘pendapatan’ yang akan digunakan untuk tebus balik emas tu. Dan pantang larang paling penting, jangan sesekali gunakan duit pinjaman ar-rahnu untuk perbelanjaan hangus atau membeli barang yang susut nilainya macam nak tukar langsir baru atau nak beli sport rim kereta! Kalau nak gunakan untuk perkara berbentuk selain daripada ‘investment’ atau ‘bisnes’, lebih baik jual terus emas tu atau bersiap sedia emas tu dilelong!
(Teknik xmau bagi kena lelong, bayar upah simpan dan renew surat pajak atau hendaklah anda lelong sendiri secara online. Jadi sebelum masuk pajak tu pastikan snap picture barang tu siap2, customer bayar jer terus gi tebus barang dan beri padanya)-banyak lagi cara..nanti saya update kalau rajin. :p
Kedua – Pajak Mengikut Modal Diperlukan Sahaja
Margin pinjaman ar-rahnu biasanya sekitar 65% – 70%. Katakanlah anda perlukan duit sekitar RM6,500, pajaklah emas yang bernilai sekitar RM10,000. Tak perlulah pajak emas yang bernilai RM20,000 sebab nanti anda dapat pinjaman berlebihan yang tak dimanfaatkan dan dikenakan kos “upah simpan” yang tak sepatutnya. (saya cadangkan sekiranya diberi 65%, maka kita hanya ambil 50@55% sahaja. Ini kaedah "playsafe" yang saya dapat dari seorang manipulator. Sebabnya selepas cukup tempoh pajakan, kita tak punya wang untuk tebus, kita boleh overlaps. biasanya jika ada kejatuhan harga emas pun kita masih mampu untuk bayar kos upah dan seterusnya memanjangkan semula tempoh untuk menebus barang tersebut)
Ketiga – Satu Emas, Satu Surat Pajak
Kalau nak mudah tebus, pastikan satu emas, satu surat pajak. Katakanlah anda pajak 3 utas rantai tangan, pastikan setiap rantai satu surat pajak. Ia akan memudahkan anda untuk tebus satu persatu nanti. Kalau 3 rantai tu anda buat satu surat pajak, anda kena tebus semua sekaligus!
Tapi kekurangannya ialah anda terpaksa tunggu lama untuk processing! Kalau 10 rantai tangan, mungkin 2 – 3 jam baru siap prosesnya sebab anda dan pegawai ar-rahnu perlu isi & proses 10 borang! Prosesnya  seolah-olah anda membuka 10 akaun bank!
Kaedah yang paling biasa digunakan.Prosesnya lebih cepat, tak perlu menunggu lama di ar-rahnu.

Kaedah yang memudahkan tebus satu persatu. (TERBAIK)
Keempat – Survey Upah Simpan Paling Rendah
Setiap ar-rahnu mengenakan caj berbeza-beza dan cajnya juga disemak dari semasa ke semasa. Jadi sebelum memajak emas, survey dulu ar-rahnu mana yang kenakan caj paling rendah dengan margin pinjaman paling tinggi. Saya tak boleh confirmkan yang mana ar-rahnu terbaik sebab polisi setiap ar-rahnu sentiasa berubah-ubah.
Kelima – Asingkan Duit Untuk Caj Pajakan
Katakanlah anda dapat pinjaman sebanyak RM7,800, dan caj pajakan (upah simpan) dikenakan sebanyak RM504 (RM84 x 6 bulan). Saya syorkan asingkan siap-siap RM504 tu daripada RM7,800. Maksudnya, anda hanya boleh gunakan RM7,296 (7,800 – 504) untuk beli emas lagi ataupun rolling bisnes. Alasannya, kalau nak sambung pajakan nanti, anda boleh pakai duit tu jer untuk bayar upah dan renew surat pajak especially bila (1) anda belum dapat untung menggunakan duit pajakan pertama, ataupun (2) harga emas belum naik untuk anda menikmati untung daripada teknik manipulasi ar-rahnu bila harga emas jatuh mendadak.
Keenam – Tebus Emas Secepat Mungkin
Biasanya ar-rahnu bagi tempoh pinjaman selama 6 bulan, tapi kalau dah selesai urusniaga menggunakan duit pinjaman tu, terus tebus cepat-cepat sebab caj biasanya dikenakan secara bulanan. Kalau sebulan dah settle, terus tebus dan caj “upah simpan” dikenakan hanya untuk sebulan sahaja. Jangan tunggu tempoh matang 6 bulan baru tebus. Anda dapat jimat duit dari bayar kos “upah simpan” yang tak sepatutnya.
Ketujuh – Jangan Pajak Emas Berseal
Jangan sesekali pajak emas berseal melainkan anda bersedia untuk rugi 25%! Kalau anda buka seal, emas tu hanya boleh dijual semula sebagai “used gold” dengan susut nilai sekitar 25%. Jadi kalau nak pajak, pastikan emas tu bukan jenis berseal macam emas Public Gold, Kijang Emas, Dinar Kelantan, dan barang kemas semestinya. Saya perhati, kebanyakkan emas yang jenis berseal ialah emas yang datang dari luar negara.
Emas KFH dan Pamp Suisse antara emas yang berseal – tak sesuai di pajak.
Kelapan – Jangan Beli Emas Cara Ar-Rahnu 70:30
Kalau ada orang datang jual emas cara ar-rahnu, iaitu anda bayar 30%, dan 70% lagi dilangsaikan menggunakan duit pinjaman ar-rahnu, jangan telan bulat-bulat janji ‘bulan dan bintang’ mereka. Study dulu betul-betul. Saya perhati, teknik tersebut terbukti memerangkap ramai pelabur pada tahun 2012. Yang confirm untung adalah penjual emas, bukan pelabur.
Saya pernah consult seorang bakal pelabur emas yang sangat excited untuk skim belian begitu sebab katanya, dia boleh dapat RM10,000,000 dalam masa 5 tahun hanya bermodalkan RM20,000! Rupa-rupanya, penjual emas tu cuma cerita separuh jalan jer dan bila saya habiskan cerita separuh jalan lagi, baru dia tahu ‘plan’ penjual tu sebenarnya tak praktikal!
Dulu kawan Ofis di Langkawi pernah cerita tentang syarikat SE yang menawarkan sistem ini..selepas dijelaskan baru dia faham dan bersyukur kerana tidak terjebak. SE ini hanya menceritakan tentang keuntungan yang bakal diterima sekiranya harga emas naik dan tidak pernah menerangkan risiko sekiranya harga emas menjunam dalam masa yang lama. contoh saya bagi : Harga emas rm100/g.. kita beli 1kg dengan harga 100,000. kita hanya perlu bayar 30,000 dan baki 70,000 melalui pinjaman Ar rahnu. maksudnya kita yang perlu langsaikan...tak temasuk upah simpan lagi..akhir sekali kita tak mampu nak overlaps dan barang tergadai.. yang untungnya adalah penjual...
Kesembilan – Jaga Nama Baik Dalam Rekod CCRIS BNM
Untuk makluman anda, walaupun ar-rahnu ialah pinjaman bercagar, ia tetap direkodkan dalam CCRIS (Central Credit Reference Information System) Bank Negara sejak akhir tahun 2010. Maksudnya, kalau anda nak buat apa-apa pinjaman selepas ini daripada mana-mana bank, mereka akan semak rekod CCRIS anda termasuk pinjaman ar-rahnu. Kalau anda ada 1 surat pajak, ia akan ‘appear’ sebagai 1 rekod. Kalau 10 surat pajak, 10 rekod!Jadi, pinjaman di ar-rahnu wajib diuruskan dengan baik. Jangan sampai emas tu tergadai sebab ia akan meninggal rekod buruk bila anda nak buat pinjaman lain nanti. Dan kalau nak buat loan baru dengan bank lain, explain awal-awal pada staff yang in-charge sebab takut mereka anggap anda banyak komitmen hutang.
Kalau anda pajak di Ar-Rahnu YapeiM, insyaAllah tak ada rekod dengan Bank Negara sebab YApeim bukan Bank. saya biasa suka pajak di YApiem...

So, itulah 9 tips penting sebelum anda memajak emas di ar-rahnu. Plan betul-betul, dan pastikan anda pajak emas dengan STRATEGI yang betul. Jangan main pajak jer sebab dah terbukti ramai orang terperangkap dengan “teknik ar-rahnu” gara-gara nak “untung secupak”, tapi akhir sekali terpaksa rugi “segantang”! sapa yang ada masalah dengan pajakan dan barang dah nak kena lelong, boleh jual surat pajak kepada saya :)
Wallahu a’lam.


Sunday, October 13, 2013

Nak Beli Emas, Tapi Modal Kecil

by Ridzuan Saidin on 14/10/2013


Untung 20% setahun dari pelaburan dah sangat teruja. Tapi untung 200% setahun bagi orang berniaga adalah terlalu biasa…
Salam.
Encik, saya baru terbaca entry encik dan mmg saya sangat berminat nak buat simpanan dalam bentuk emas. Masalahnya saya takde simpanan sbb duit saya kadang-kadang buat backup utk suami, heheh. Suami suggest saya buat ASB tapi saya tak yakin dengan ASB sbb apa yang saya baca dari zaharuddin.net, dia tak menggalakkan ASB.

Jadi, saya ada seribu, nak buat pelaburan emas, dan encik menjadi ejen, boleh kiranya membantu saya membuat pelaburan untuk bagi advice dan guidance. Saya baru nak start saving. Saya ada hutang PTPTN dan memang saya aim nak habiskan PTPN saya. Saya bayar bulan-bulan RM200. Hutang-hutang lain tiada.
Saya pun baru ambik takaful medical card, PRU BSN. Mohon bagi nasihat untuk saya buat simpanan emas sebagai saving.
Terima kasih encik.
-Puan A-
012-614 xxxx
(bukan nama sebenar)

JAWAPAN SAYA:
Wa’alaikumussalam Pn. A.
Alhamdulillah.. bagus tu Pn. A nak mulakan simpanan. Menyimpan, adalah TABIAT orang kaya-kaya di dunia. Tak kisah berapa pun amaunnya, tapi yang penting kena jadikan ia sebagai tabiat (habit).

Waktu tahun 2007 dulu, saya cuma menyimpan RM20 jer sebulan. Saya buat potongan gaji masuk ke akaun Tabung Haji. Tapi hari ni, alhamdulillah… simpanan kami sekeluarga dah berlipat kali ganda.
Sebelum saya bagi saranan, saya mohon maaf sebab saya bukanlah orang yang layak untuk bagi nasihat kewangan. Saya cuma seorang sahabat yang inginkan kebaikan pada sahabat yang lain. Apa sahaja saranan saya, ia mungkin tak tepat, tapi itulah yang saya rasa yang terbaik untuk saya dan sahabat-sahabat.

Emas Pelaburan Jangka Panjang
§  PERTAMA. Emas adalah simpanan JANGKA PANJANG. Paling minimum ialah setahun. Kalau nak beli emas, kena guna duit yang agak-gak tak pakai dalam masa setahun, ataupun 2, 3 tahun akan datang. 

Harga Emas Ada Turun Naik
§  KEDUA. Harga emas ada turun naiknya. Tapi kalau ikut track record, ianya sentiasa menaik dalam jangka panjang. Dari sudut sunnatullah, tak ada benda yang sentiasa naik dan tak jatuh-jatuh. Suatu masa nanti saya fikir harga emas akan jatuh juga seperti tahun 1980an. Walaupun begitu, emas adalah simpanan paling selamat sebab emas sentiasa berharga sepanjang zaman. Kalau ianya jatuh, bukan macam jatuhnya harga saham yang boleh hilang terus nilainya. Emas sepatutnya boleh dijadikan SEBAHAGIAN dari pelaburan, bukan 100% simpanan digunakan untuk membeli emas.

Adakan Dana Kecemasan Dulu
§  KETIGA. Sebelum beli emas, ada baiknya puan adakan dana lain juga untuk waktu-waktu kecemasan. Untuk Dana kecemasan, saya simpan di Tabung Haji.

Beli Emas Dengan Modal RM1,000
§  KEEMPAT. Untuk modal RM1,000, puan boleh beli 1 dinar emas (2013 bajet harga sekitar RM700) dan selebihnya boleh beli Dirham (logam perak). Untuk makluman Pn. A, harga logam perak jauh lebih murah, tetapi kenaikannya jauh lebih cepat dari emas. Dalam masa setahun yang lepas, harga logam perak naik melebihi 100% setahun! Dan orang Cina lebih suka beli perak berbanding emas. Cuma kekurangan perak ialah, tak boleh dipajak. Kecairannya kurang sikit dari emas.

Wang Dinar , Gold Bar & Barang Perhiasan
§  KELIMA. Pada saya, Dinar emas yang paling baik untuk Pn. A beli ialah Dinar Public Gold, ataupun Dinar Kelantan. Dua jenis dinar emas ini mempunyai permintaan paling tinggi di Malaysia. Pendek kata, kalau puan nak jual nanti, tak perlu risau pasal pembelinya. Mesti akan ada orang nak beli. insyaAllah. Tapi bagi saya, saya lebih selesa membeli sebentuk cincin setiap bulan (pastikan 916/999). Emas bentuk perhiasan ini lebih mudah dicairkan atau di ar rahnukan sekiranya kita perlukan wang segera di mana sahaja institusi yang menawarkan perkhidmatan Ar-Rahnu. Manakala public gold dan dinar Kelantan pula hanya diterima oleh sebahagian Ar Rahnu sahaja..

Pelaburan Untung 20%, Perniagaan Untung 200%!
§  KEENAM. Yang terakhir, tentang pelaburan sebagai instrument buat duit. Pada saya, pelaburan bukanlah jalan terbaik untuk buat duit bagi orang kebanyakkan. Pelaburan adalah tempat orang kaya-kaya buat duit.

§  Untuk buat duit lebih banyak, saya cadangkan puan dan suami libatkan diri dengan perniagaan. Kalau pelaburan orang boleh dapat sekitar 20% setahun, tapi keuntungan melalui perniagaan, pulangan 200% setahun adalah terlalu biasa. Sebab tu Nabi pesan, 9/10 rezeki datang dari perniagaan. Emas bagi kebanyakkan orang adalah simpanan, tapi bagi kami suami isteri, ia adalah PELABURAN + PERNIAGAAN. Dan emas adalah salah satu daripada beberapa perniagaan kami.

Saya cadangkan libatkan diri dengan bisnes tu sebab saya ‘kesian’ tengok orang MENUNGGU kenaikan harga emas yang tak lah berapa banyak bagi orang berniaga. Dengan modal yang sama, Puan dan Suami boleh dapatkan lebih dari 20% setahun. Syaratnya, puan dan suami perlu belajar berniaga dari orang yang tahu berniaga. Bukan melibatkan diri dalam mana-mana skim.
Kalau Puan A berminat nak dapatkan emas dan perak, bagi tahu saya. Saya akan bantu apa termampu, insyaAllah.
Mudah-mudahan pandangan saya sedikit membantu Pn. A, insyaAllah,
Wallahu a’lam.

Hubungi saya Ustaz Mohd Ridzuan Bin Saidin
Whatsapp / viber / sms : 0122686864
fb : Ridzuan Saidin


 * penerangan ini sebahagian pendapat yg saya copy dari pakar emas..Encik Zul....

Wednesday, October 9, 2013

Bila Masa Terbaik Membeli Emas??

by MOHD ridzuan bin saidin on OKTOBER 10, 2013

Masa emas 20 gram harga RM3,000 (sekitar mei 2013) takut nak beli, tapi bila harga dah melepasi RM3,400, baru kelam kabut nak beli. Itulah yang saya perhati kebanyakkan sikap yang orang kita terutamanya yang baru ada asas tentang pendedahan emas dan baru nak berjinak-jinak dengan emas. Nak tengok bukti harga emas naik dulu, baru nak beli malah ada yang sengaja nak tunggu harga emas jatuh la baru nak beli…Aduhai…berbuih mulut dah pesan, kalau nak main emas, beli ajer bila ada duit…. Padahal, gold historical price kita boleh cek bila-bila masa di www.kitco.com.(Ni harga emas mentah dunia) kalau tak salah. Bahkan sejarah harga emas sejak 30 tahun lepas pun boleh tengok. Itulah dia buktinya.

Dan ramai juga bila saya cerita pasal emas, mereka ingat saya nak berniaga, nak ambik untung atas kawan semata-mata. Padahal, itu semua untuk kebaikan dia. Tak nak beli dengan saya pun tak apa, beli lah dengan dealer lain. Tapi ambik la masa sikit untuk fahami pentingnya simpan emas. Kalau tak penting, Kerajaan Kelantan tak akan keluarkan dinar emas pertama di Malaysia walaupun dapat banyak tentangan daripada kerajaan BN sejak tahun 2006 lagi. (maaf bukan nak promote kerajaan bawah Pas Or Pembangkang) ini pendedahan ilmiah..Tun M dulu pun pernah borong emas kalau tak silap saya untuk stabilkan ekonomi suatu masa dulu…

Akibat Tunggu Harga Paling Rendah
Keduanya, yang paling ramai ialah yang nak tunggu harga emas jatuh baru nak beli! Ramai yang pesan pada saya “Nanti harga emas turun bagi tahu yer..”. Tapi bila harga emas turun, ramai yang tak nak beli emas sebab takut turun lagi. Akhir sekali, masa emas sedang mendaki macam tu dalam jan 2013 (contoh harga pasaran barang kemas Jan 2013, harga emas melebihi 170/g (agak tinggi kenaikannya berbanding selepas penurunan sekitar mei 2013 hingga 120/g), baru ramai kelam-kabut nak beli emas, sebab takut emas naik lagi, tapi andai ditanya berapa orang yang beli emas semasa emas murah/turun hari tu?? Semua tunduk membisu..beli pun idak juga….sekarang pada hari ni 10 Oktober 2013 harga emas dalam keadaan tak menentu dan agak murah dalam lingkungan rm140 lebih per gram dan harga kilang pada hari ni sekitar RM133-rm135 sahaja. tapi tu pun masih ramai tak beli. yang banyaknya alasan....xmau beli sudah.. :)
Saya pu masih baru dalam sebulan dua jadi dealer emas ni, siang malam study bab ilmu emas ni, kalau lah ilmu ini saya dapat 5tahun sebelum ini, mungkin hari ini dah jutawan…tp xpa..ada hikmahnya…

kalau orang tanya saya bila masa terbaik beli emas? Jawab saya, bila ada duit yang tak pakai dalam masa setahun. Daripada duit tu terbiar dimakan inflasi 10% setahun, lebih baik simpan emas yang purata kenaikannya 20% setahun.
Jangan tunggu harga paling rendah sebab technical analyst paling pakar pun tak dapat buat ramalan tepat turun naiknya harga emas. Guru saya pernah ada pengalaman dah. Ceritanya : “Masa harga emas turun pada Januari 2011 (Hari Raya Cina), saya jual semua emas saya sebab menurut pakar analisis harga emas, emas akan turun banyak lagi. Masa tu, harga gold bar 20g RM2,980. So, saya jual kesemuanya sekitar RM2,980 – RM3,000. Habis…
Faktor ‘Fundamental’ Tak Siapa Boleh Jangka
Lepas raya Cina, berlaku pergolakan di Mesir dan Timur Tengah! Harga emas tak jadi turun. Ia terus, naik, naik, dan naik! Saya pun panik, dan dapat beli balik pada harga RM3,100. Saya rugi 4% (RM800 kesemuanya)! Saya terkena. Kononnya nak manipulate naik turun harga emas, tapi rugi… Nasib baik saya adalah dealer emas, kerugian tu dapat cover balik dengan komisyen jualan emas.
Satu pelajaran yang saya dapat. Jangan bermain dengan turun naik harga emas sebabnya analisis teknikal akan tersasar bila berlaku fundamental factor yang luar jangka seperti pergolakan Mesir dan timur tengah (Februari 2011), bencana alam seperti tsunami dan letupan stesen janakuasa nuklear di Fukushima (Jepun, Mac 2011) dsb. Bila semua tu berlaku, orang akan selamatkan kekayaan mereka dengan membeli emas dan harga emas akan melambung. Saya cuma perlu yakin, harga emas akan naik dalam jangka panjang. Paling kurang pun, 10 tahun lagi. Ini berdasarkan sejarah harga emas 1960 – 1980.
Dan faktor yang sangat pasti, matawang USD semakin lemah disebabkan krisis hutang Amerika Syarikat dan Negara Eropah. Bila negara-negara tu ‘bangkrap’, orang tak nak pakai dah duit kertas USD! Orang akan selamatkan kekayaan mereka kepada duit yang paling stabil dalam sejarah manusia iaitu emas!

Menurut pakar, mawatang US Dollar pasti runtuh. Cuma masa sahaja yang menentukannya.

Masa Terbaik Membeli Emas
So, lepas setahun perhati naik jatuh harga emas, saya tak berani buat andaian bila harga naik, bila harga turun. Nasihat saya, kalau ada duit yang tak pakai dalam masa setahun, belilah emas. Daripada simpan duit, lebih baik simpan emas. Jadikan emas sebagai sandaran kepada duit sebagaimana yang dibuat oleh negara-negara di dunia sebelum tahun 1971 dulu. Setiap duit kertas yang nak dicetak, mereka akan sandarkan kepada emas.
Wallahu a’lam.

MOHD RIDZUAN BIN SAIDIN
PM/VIVER/WHATSAPP/SMS SAYA:
0122686864.


 
Wordpress by : Wans Golds Traders