9
Tips Asas Penting Pajak Emas di Ar-Rahnu
Sebelum pajak emas, anda
perlu tahu duit pajak ialah PINJAMAN yang perlu dibayar balik. Kalau harga emas
naik, anda boleh buat overlaps. Dan overlaps adalah pertambahan hutang, bukan
“passive income” sebagaimana salah faham oleh sesetengah orang.Namun jika anda mampu mencapai tahap Manupulator Emas, mgkin anda mampu berterusan pajak dan jadikan side income dengan cara pajakan berkala. Namun akhir sekali emas dalam Ar-Rahnu akan dapat modal dan untung selagi anda pajak sampai lebam walaupun emas tersebut masih kekal didalam...sebelum dilelong sebab dah main overlaps sampai lebam, anda boleh lelong sendiri barang tersebut melalui kaedah jual surat pajak atau jualan rege tak masuk akal yang tetap akan buatkan anda untung... Bab ni nanti senang2 saya karang dan cerita yer..
Sebelum memajak emas,
ini 9 tips penting yang anda perlu tahu:
Pertama – Pilih ‘Timing’
Paling Sesuai
Secara umumnya, masa
paling sesuai untuk pajak emas ialah bila (1) harga emas jatuh mendadak
(mungkin melebihi 8% – 10%) untuk dapatkan modal beli lagi emas pada harga
rendah, atau (2) nak guna duit untuk rolling bisnes yang menguntungkan. Kalau
sebab lain, saya tak syorkan melainkan anda dah kenalpasti sumber ‘pendapatan’
yang akan digunakan untuk tebus balik emas tu. Dan pantang larang paling
penting, jangan sesekali
gunakan duit pinjaman ar-rahnu untuk perbelanjaan hangus atau
membeli barang yang susut nilainya macam nak tukar langsir baru atau nak beli
sport rim kereta! Kalau nak gunakan untuk perkara berbentuk selain daripada
‘investment’ atau ‘bisnes’, lebih baik jual terus emas tu atau bersiap sedia
emas tu dilelong!
(Teknik xmau bagi kena lelong, bayar upah simpan dan renew surat pajak atau hendaklah anda lelong sendiri secara online. Jadi sebelum masuk pajak tu pastikan snap picture barang tu siap2, customer bayar jer terus gi tebus barang dan beri padanya)-banyak lagi cara..nanti saya update kalau rajin. :p
Kedua – Pajak Mengikut
Modal Diperlukan Sahaja
Margin pinjaman ar-rahnu biasanya sekitar 65% – 70%. Katakanlah
anda perlukan duit sekitar RM6,500, pajaklah emas yang bernilai sekitar
RM10,000. Tak perlulah pajak emas yang bernilai RM20,000 sebab nanti anda dapat
pinjaman berlebihan yang tak dimanfaatkan dan dikenakan kos “upah simpan” yang
tak sepatutnya. (saya cadangkan sekiranya diberi 65%, maka kita hanya ambil 50@55% sahaja. Ini kaedah "playsafe" yang saya dapat dari seorang manipulator. Sebabnya selepas cukup tempoh pajakan, kita tak punya wang untuk tebus, kita boleh overlaps. biasanya jika ada kejatuhan harga emas pun kita masih mampu untuk bayar kos upah dan seterusnya memanjangkan semula tempoh untuk menebus barang tersebut)
Ketiga – Satu Emas, Satu
Surat Pajak
Kalau nak mudah tebus, pastikan satu emas, satu surat pajak.
Katakanlah anda pajak 3 utas rantai tangan, pastikan setiap rantai satu surat
pajak. Ia akan memudahkan anda untuk tebus satu persatu nanti. Kalau 3 rantai
tu anda buat satu surat pajak, anda kena tebus semua sekaligus!
Tapi kekurangannya ialah anda terpaksa tunggu lama untuk
processing! Kalau 10 rantai tangan, mungkin 2 – 3 jam baru siap prosesnya sebab
anda dan pegawai ar-rahnu perlu isi & proses 10 borang! Prosesnya
seolah-olah anda membuka 10 akaun bank!
Kaedah yang paling biasa digunakan.Prosesnya lebih cepat, tak
perlu menunggu lama di ar-rahnu.
Kaedah yang memudahkan tebus satu persatu. (TERBAIK)
Keempat – Survey Upah
Simpan Paling Rendah
Setiap ar-rahnu mengenakan caj berbeza-beza dan cajnya juga
disemak dari semasa ke semasa. Jadi sebelum memajak emas, survey dulu ar-rahnu
mana yang kenakan caj paling rendah dengan margin pinjaman
paling tinggi. Saya tak boleh confirmkan yang mana ar-rahnu terbaik sebab
polisi setiap ar-rahnu sentiasa berubah-ubah.
Kelima – Asingkan Duit
Untuk Caj Pajakan
Katakanlah anda dapat
pinjaman sebanyak RM7,800, dan caj pajakan (upah simpan) dikenakan sebanyak
RM504 (RM84 x 6 bulan). Saya syorkan asingkan siap-siap RM504 tu daripada
RM7,800. Maksudnya, anda hanya boleh gunakan RM7,296 (7,800 – 504) untuk beli
emas lagi ataupun rolling bisnes. Alasannya, kalau nak sambung pajakan nanti,
anda boleh pakai duit tu jer untuk bayar upah dan renew surat pajak especially
bila (1) anda belum dapat untung menggunakan duit pajakan pertama, ataupun (2)
harga emas belum naik untuk anda menikmati untung daripada teknik manipulasi ar-rahnu
bila harga emas jatuh mendadak.
Keenam – Tebus Emas
Secepat Mungkin
Biasanya ar-rahnu bagi tempoh pinjaman selama 6 bulan, tapi
kalau dah selesai urusniaga menggunakan duit pinjaman tu, terus tebus
cepat-cepat sebab caj biasanya dikenakan secara bulanan. Kalau sebulan dah
settle, terus tebus dan caj “upah simpan” dikenakan hanya untuk sebulan sahaja.
Jangan tunggu tempoh matang 6 bulan baru tebus. Anda dapat jimat duit dari
bayar kos “upah simpan” yang tak sepatutnya.
Ketujuh – Jangan Pajak
Emas Berseal
Jangan sesekali pajak emas berseal melainkan anda bersedia untuk
rugi 25%! Kalau anda buka seal, emas tu hanya boleh dijual semula sebagai “used
gold” dengan susut nilai sekitar 25%. Jadi kalau nak pajak, pastikan emas tu
bukan jenis berseal macam emas Public Gold, Kijang Emas, Dinar Kelantan, dan
barang kemas semestinya. Saya perhati, kebanyakkan emas yang jenis berseal
ialah emas yang datang dari luar negara.
Emas KFH dan Pamp Suisse antara emas yang berseal – tak sesuai
di pajak.
Kelapan – Jangan Beli
Emas Cara Ar-Rahnu 70:30
Kalau ada orang datang jual emas cara ar-rahnu, iaitu anda bayar
30%, dan 70% lagi dilangsaikan menggunakan duit pinjaman ar-rahnu, jangan telan
bulat-bulat janji ‘bulan dan bintang’ mereka. Study dulu betul-betul. Saya
perhati, teknik tersebut terbukti memerangkap ramai pelabur pada tahun 2012.
Yang confirm untung adalah penjual emas, bukan pelabur.
Saya pernah consult seorang bakal pelabur emas yang sangat
excited untuk skim belian begitu sebab katanya, dia boleh dapat RM10,000,000
dalam masa 5 tahun hanya bermodalkan RM20,000! Rupa-rupanya, penjual emas tu
cuma cerita separuh jalan jer dan bila saya habiskan cerita separuh jalan lagi,
baru dia tahu ‘plan’ penjual tu sebenarnya tak praktikal!
Dulu kawan Ofis di Langkawi pernah cerita tentang syarikat SE yang menawarkan sistem ini..selepas dijelaskan baru dia faham dan bersyukur kerana tidak terjebak. SE ini hanya menceritakan tentang keuntungan yang bakal diterima sekiranya harga emas naik dan tidak pernah menerangkan risiko sekiranya harga emas menjunam dalam masa yang lama. contoh saya bagi : Harga emas rm100/g.. kita beli 1kg dengan harga 100,000. kita hanya perlu bayar 30,000 dan baki 70,000 melalui pinjaman Ar rahnu. maksudnya kita yang perlu langsaikan...tak temasuk upah simpan lagi..akhir sekali kita tak mampu nak overlaps dan barang tergadai.. yang untungnya adalah penjual...
Kesembilan – Jaga Nama Baik
Dalam Rekod CCRIS BNM
Untuk makluman anda, walaupun ar-rahnu ialah pinjaman bercagar, ia tetap
direkodkan dalam CCRIS (Central Credit Reference Information System) Bank
Negara sejak akhir tahun 2010. Maksudnya, kalau anda nak buat apa-apa pinjaman
selepas ini daripada mana-mana bank, mereka akan semak rekod CCRIS anda
termasuk pinjaman ar-rahnu. Kalau anda ada 1 surat pajak, ia akan ‘appear’
sebagai 1 rekod. Kalau 10 surat pajak, 10 rekod!Jadi, pinjaman di ar-rahnu
wajib diuruskan dengan baik. Jangan sampai
emas tu tergadai sebab ia akan meninggal rekod buruk bila anda nak buat
pinjaman lain nanti. Dan kalau nak buat loan baru dengan bank lain,
explain awal-awal pada staff yang in-charge sebab takut mereka anggap anda
banyak komitmen hutang.
Kalau anda pajak di Ar-Rahnu YapeiM, insyaAllah tak ada rekod dengan Bank Negara sebab YApeim bukan Bank. saya biasa suka pajak di YApiem...
So, itulah 9 tips penting sebelum anda memajak emas di ar-rahnu.
Plan betul-betul, dan pastikan anda pajak emas dengan STRATEGI yang betul.
Jangan main pajak jer sebab dah terbukti ramai orang terperangkap dengan
“teknik ar-rahnu” gara-gara nak “untung secupak”, tapi akhir sekali terpaksa
rugi “segantang”! sapa yang ada masalah dengan pajakan dan barang dah nak kena lelong, boleh jual surat pajak kepada saya :)
Wallahu a’lam.