Menjual dan Membeli Emas (Barang Kemas) 999 (24k), 916(22k)dengan harga termurah dipasaran. Turut membekalkan informasi berkaitan emas dari masa ke semasa, InsyaAllah.
HUBUNGI | AGAMA | GAMAT ONLINE | LANGKAWI TOUR| IKLAN1-KOSONG | IKLAN2-KOSONG |

Saturday, March 1, 2014

Tips Penting Pajak Barang di Ar-Rahnu

9 Tips Asas Penting Pajak Emas di Ar-Rahnu


Sebelum pajak emas, anda perlu tahu duit pajak ialah PINJAMAN yang perlu dibayar balik. Kalau harga emas naik, anda boleh buat overlaps. Dan overlaps adalah pertambahan hutang, bukan “passive income” sebagaimana salah faham oleh sesetengah orang.Namun jika anda mampu mencapai tahap Manupulator Emas, mgkin anda mampu berterusan pajak dan jadikan side income dengan cara pajakan berkala. Namun akhir sekali emas dalam Ar-Rahnu akan dapat modal dan untung selagi anda pajak sampai lebam walaupun emas tersebut masih kekal didalam...sebelum dilelong sebab dah main overlaps sampai lebam, anda boleh lelong sendiri barang tersebut melalui kaedah jual surat pajak atau jualan rege tak masuk akal yang tetap akan buatkan anda untung... Bab ni nanti senang2 saya karang dan cerita yer..

 Sebelum memajak emas, ini 9 tips penting yang anda perlu tahu:
Pertama – Pilih ‘Timing’ Paling Sesuai
Secara umumnya, masa paling sesuai untuk pajak emas ialah bila (1) harga emas jatuh mendadak (mungkin melebihi 8% – 10%) untuk dapatkan modal beli lagi emas pada harga rendah, atau (2) nak guna duit untuk rolling bisnes yang menguntungkan. Kalau sebab lain, saya tak syorkan melainkan anda dah kenalpasti sumber ‘pendapatan’ yang akan digunakan untuk tebus balik emas tu. Dan pantang larang paling penting, jangan sesekali gunakan duit pinjaman ar-rahnu untuk perbelanjaan hangus atau membeli barang yang susut nilainya macam nak tukar langsir baru atau nak beli sport rim kereta! Kalau nak gunakan untuk perkara berbentuk selain daripada ‘investment’ atau ‘bisnes’, lebih baik jual terus emas tu atau bersiap sedia emas tu dilelong!
(Teknik xmau bagi kena lelong, bayar upah simpan dan renew surat pajak atau hendaklah anda lelong sendiri secara online. Jadi sebelum masuk pajak tu pastikan snap picture barang tu siap2, customer bayar jer terus gi tebus barang dan beri padanya)-banyak lagi cara..nanti saya update kalau rajin. :p
Kedua – Pajak Mengikut Modal Diperlukan Sahaja
Margin pinjaman ar-rahnu biasanya sekitar 65% – 70%. Katakanlah anda perlukan duit sekitar RM6,500, pajaklah emas yang bernilai sekitar RM10,000. Tak perlulah pajak emas yang bernilai RM20,000 sebab nanti anda dapat pinjaman berlebihan yang tak dimanfaatkan dan dikenakan kos “upah simpan” yang tak sepatutnya. (saya cadangkan sekiranya diberi 65%, maka kita hanya ambil 50@55% sahaja. Ini kaedah "playsafe" yang saya dapat dari seorang manipulator. Sebabnya selepas cukup tempoh pajakan, kita tak punya wang untuk tebus, kita boleh overlaps. biasanya jika ada kejatuhan harga emas pun kita masih mampu untuk bayar kos upah dan seterusnya memanjangkan semula tempoh untuk menebus barang tersebut)
Ketiga – Satu Emas, Satu Surat Pajak
Kalau nak mudah tebus, pastikan satu emas, satu surat pajak. Katakanlah anda pajak 3 utas rantai tangan, pastikan setiap rantai satu surat pajak. Ia akan memudahkan anda untuk tebus satu persatu nanti. Kalau 3 rantai tu anda buat satu surat pajak, anda kena tebus semua sekaligus!
Tapi kekurangannya ialah anda terpaksa tunggu lama untuk processing! Kalau 10 rantai tangan, mungkin 2 – 3 jam baru siap prosesnya sebab anda dan pegawai ar-rahnu perlu isi & proses 10 borang! Prosesnya  seolah-olah anda membuka 10 akaun bank!
Kaedah yang paling biasa digunakan.Prosesnya lebih cepat, tak perlu menunggu lama di ar-rahnu.

Kaedah yang memudahkan tebus satu persatu. (TERBAIK)
Keempat – Survey Upah Simpan Paling Rendah
Setiap ar-rahnu mengenakan caj berbeza-beza dan cajnya juga disemak dari semasa ke semasa. Jadi sebelum memajak emas, survey dulu ar-rahnu mana yang kenakan caj paling rendah dengan margin pinjaman paling tinggi. Saya tak boleh confirmkan yang mana ar-rahnu terbaik sebab polisi setiap ar-rahnu sentiasa berubah-ubah.
Kelima – Asingkan Duit Untuk Caj Pajakan
Katakanlah anda dapat pinjaman sebanyak RM7,800, dan caj pajakan (upah simpan) dikenakan sebanyak RM504 (RM84 x 6 bulan). Saya syorkan asingkan siap-siap RM504 tu daripada RM7,800. Maksudnya, anda hanya boleh gunakan RM7,296 (7,800 – 504) untuk beli emas lagi ataupun rolling bisnes. Alasannya, kalau nak sambung pajakan nanti, anda boleh pakai duit tu jer untuk bayar upah dan renew surat pajak especially bila (1) anda belum dapat untung menggunakan duit pajakan pertama, ataupun (2) harga emas belum naik untuk anda menikmati untung daripada teknik manipulasi ar-rahnu bila harga emas jatuh mendadak.
Keenam – Tebus Emas Secepat Mungkin
Biasanya ar-rahnu bagi tempoh pinjaman selama 6 bulan, tapi kalau dah selesai urusniaga menggunakan duit pinjaman tu, terus tebus cepat-cepat sebab caj biasanya dikenakan secara bulanan. Kalau sebulan dah settle, terus tebus dan caj “upah simpan” dikenakan hanya untuk sebulan sahaja. Jangan tunggu tempoh matang 6 bulan baru tebus. Anda dapat jimat duit dari bayar kos “upah simpan” yang tak sepatutnya.
Ketujuh – Jangan Pajak Emas Berseal
Jangan sesekali pajak emas berseal melainkan anda bersedia untuk rugi 25%! Kalau anda buka seal, emas tu hanya boleh dijual semula sebagai “used gold” dengan susut nilai sekitar 25%. Jadi kalau nak pajak, pastikan emas tu bukan jenis berseal macam emas Public Gold, Kijang Emas, Dinar Kelantan, dan barang kemas semestinya. Saya perhati, kebanyakkan emas yang jenis berseal ialah emas yang datang dari luar negara.
Emas KFH dan Pamp Suisse antara emas yang berseal – tak sesuai di pajak.
Kelapan – Jangan Beli Emas Cara Ar-Rahnu 70:30
Kalau ada orang datang jual emas cara ar-rahnu, iaitu anda bayar 30%, dan 70% lagi dilangsaikan menggunakan duit pinjaman ar-rahnu, jangan telan bulat-bulat janji ‘bulan dan bintang’ mereka. Study dulu betul-betul. Saya perhati, teknik tersebut terbukti memerangkap ramai pelabur pada tahun 2012. Yang confirm untung adalah penjual emas, bukan pelabur.
Saya pernah consult seorang bakal pelabur emas yang sangat excited untuk skim belian begitu sebab katanya, dia boleh dapat RM10,000,000 dalam masa 5 tahun hanya bermodalkan RM20,000! Rupa-rupanya, penjual emas tu cuma cerita separuh jalan jer dan bila saya habiskan cerita separuh jalan lagi, baru dia tahu ‘plan’ penjual tu sebenarnya tak praktikal!
Dulu kawan Ofis di Langkawi pernah cerita tentang syarikat SE yang menawarkan sistem ini..selepas dijelaskan baru dia faham dan bersyukur kerana tidak terjebak. SE ini hanya menceritakan tentang keuntungan yang bakal diterima sekiranya harga emas naik dan tidak pernah menerangkan risiko sekiranya harga emas menjunam dalam masa yang lama. contoh saya bagi : Harga emas rm100/g.. kita beli 1kg dengan harga 100,000. kita hanya perlu bayar 30,000 dan baki 70,000 melalui pinjaman Ar rahnu. maksudnya kita yang perlu langsaikan...tak temasuk upah simpan lagi..akhir sekali kita tak mampu nak overlaps dan barang tergadai.. yang untungnya adalah penjual...
Kesembilan – Jaga Nama Baik Dalam Rekod CCRIS BNM
Untuk makluman anda, walaupun ar-rahnu ialah pinjaman bercagar, ia tetap direkodkan dalam CCRIS (Central Credit Reference Information System) Bank Negara sejak akhir tahun 2010. Maksudnya, kalau anda nak buat apa-apa pinjaman selepas ini daripada mana-mana bank, mereka akan semak rekod CCRIS anda termasuk pinjaman ar-rahnu. Kalau anda ada 1 surat pajak, ia akan ‘appear’ sebagai 1 rekod. Kalau 10 surat pajak, 10 rekod!Jadi, pinjaman di ar-rahnu wajib diuruskan dengan baik. Jangan sampai emas tu tergadai sebab ia akan meninggal rekod buruk bila anda nak buat pinjaman lain nanti. Dan kalau nak buat loan baru dengan bank lain, explain awal-awal pada staff yang in-charge sebab takut mereka anggap anda banyak komitmen hutang.
Kalau anda pajak di Ar-Rahnu YapeiM, insyaAllah tak ada rekod dengan Bank Negara sebab YApeim bukan Bank. saya biasa suka pajak di YApiem...

So, itulah 9 tips penting sebelum anda memajak emas di ar-rahnu. Plan betul-betul, dan pastikan anda pajak emas dengan STRATEGI yang betul. Jangan main pajak jer sebab dah terbukti ramai orang terperangkap dengan “teknik ar-rahnu” gara-gara nak “untung secupak”, tapi akhir sekali terpaksa rugi “segantang”! sapa yang ada masalah dengan pajakan dan barang dah nak kena lelong, boleh jual surat pajak kepada saya :)
Wallahu a’lam.


 
Wordpress by : Wans Golds Traders